KOTA BHARU: Seorang mudir yang juga digelar 'Ustaz Budak' akhirnya perlu menjalani hukuman penjara selama 13 bulan selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengekalkan hukuman dan sabitan atas kesalahan kelucahan melampau dengan mencium pipi dan mencabul seorang ahli perniagaan lelaki, tiga tahun lalu.
Keputusan dibuat Hakim, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas selepas menolak rayuan dikemukakan oleh perayu, Syamsul Zaman Sukri, 35, dan mengarahkan pemenjaraan itu berkuat kuasa serta-merta.
Mohamad Abazafree dalam alasan penghakimannya berkata, perayu yang juga mudir sebuah madrasah tahfiz di Machang itu tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan terhadapnya.
Kata beliau, tujuh perkara yang dibangkitkan oleh perayu termasuk mendakwa keterangan mangsa tidak boleh diyakini kerana isu percanggahan waktu namun mahkamah mendapati setiap orang mempunyai tahap ingatan yang berbeza dan perkara itu tidak menjejaskan pendakwaan dalam kes berkenaan.
“Perayu juga timbulkan isu bahawa pihak pendakwaan gagal buktikan mens rea (niat untuk melakukan jenayah) dalam kes ini, tetapi berdasarkan alasan penghakiman mahkamah majistret dan nota keterangan menunjukkan bahawa adanya tindakan serta niat daripada perayu kepada mangsa.
“Oleh sebab itu, mahkamah ini mengekalkan sabitan dan berpendapat hukuman daripada Mahkamah Majistret sebelum ini adalah tepat serta memadai,” kata beliau.
Mengikut pertuduhan itu, Syamsul Zaman yang juga seorang pendakwah didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30 tahun termasuk mencium pipi di sebuah hotel di sini pada jam 1.15 pagi pada 16 Disember 2020.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.
Pada 9 Mac lalu, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh didapati bersalah namun penangguhan hukuman terhadapnya dibenarkan sepanjang tempoh rayuan.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh diwakili peguam peguam bela, Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri.
Sebelum ini, Ustaz Budak dihadapkan ke mahkamah di negeri ini pada 13 pertuduhan melibatkan jenayah seksual terhadap beberapa mangsa lelaki termasuk bekas pelajarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 21 2023
Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman dan sabitan terhadap mudir sebuah madrasah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dan mencabul seorang lelaki di sebuah hotel, tiga tahun lepas. - Foto Bernama
Tentera Udara Malaysia, Indonesia akan laksanakan rondaan udara bersama
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) merancang untuk mengadakan rondaan udara bersama selama tiga hari dari 20 hingga 22 Mei ini.
Sheriff: Raih RM55 juta, cipta fenomena tersendiri
Filem aksi, Sheriff sudah meraih kutipan RM55 juta.
Pertukaran, bayaran balik tiket bermula Ahad hingga Selasa
Pertukaran dan bayaran balik tiket perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC yang dibatalkan pada Jumaat, boleh dibuat mulai Ahad hingga Selasa.
Jangan buat spekulasi, biar polis siasat
Polis mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kebakaran 36 motosikal penuntut Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang diparkir di kolong sebuah blok kompleks perumahan (kolej kediaman) Pauh Putra, di Arau pada awal pagi Sabtu.
Siapa menang? Siapa kalah? Tegakkan demokrasi
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Keputusan tidak rasmi PRK Kuala Kubu Baharu
Keputusan tidak rasmi PRK Kuala Kubu Baharu
Pertukaran, bayaran balik tiket Piala Sumbangsih bermula esok hingga Selasa
Pertukaran dan bayaran balik tiket perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC yang dibatalkan semalam boleh dibuat mulai esok hingga Selasa.
Pengundian awal, apa desas desus?
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
[TERKINI] Menang undi awal polis, tentera
Keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook menyaksikan Sock Tao menang dengan majoriti 436 undi.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
'Ustaz Budak' kekal dipenjara 13 bulan
Syamsul Zaman yang juga seorang pendakwah didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30 tahun.
Kelucahan melampau: 'Ustaz Budak' akhirnya ke penjara
Ustaz Budak akhirnya perlu menjalani hukuman penjara selama 13 bulan selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengekalkan hukuman.
'Ustaz Budak' didakwa lagi kes cabul remaja lelaki
Seorang mudir pondok yang juga penceramah bebas lebih dikenali sebagai 'Ustaz Budak' didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencabul seorang remaja lelaki berusia 13 tahun, minggu lalu.